ZIKIR PELBAGAI GANJARAN, MARI AMALKAN


Zikir Yang Mendapat Pelbagai Ganjaran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ عِدْلُ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mengucapkan;
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan sepuluh hamba, dan tercatat baginya seratus kebaikan serta dihapuskan darinya seratus kesalahahan, dan ia terpelihara dari syaitan pada hari tersebut hingga petang, tidak ada orang membawa sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ia bawa kecuali seseorang yang melakukan hal tersebut lebih banyak. (HR Tirmizi No: 3390)

Pengajaran:

1.  Antara zikir harian yang digalakkan untuk diucapkan ialah kalimah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Antara kelebihan yang dikurniakan kepada sesiapa yang  mengucapkan zikir di atas sehari sebanyak seratus kali:

a.  Baginya seperti memerdekakan sepuluh hamba

b.  Tercatat baginya seratus kebaikan (pahala)

c.  Dihapuskan darinya seratus kesalahahan (dosa)

d.  Terpelihara dari syaitan pada hari tersebut hingga petang hari

e.  Tidak ada orang membawa sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ia bawa kecuali seseorang yang berzikir dengan zikir di atas lebih banyak

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME TO LETTERS OF LILI

NASIHAT DENGAN BERILMU

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA BETAPA PENTINGNYA SOLAT SEBAGAI UMAT ISLAM