SEDEKAH ITU BEKALAN DI AKHIRAT KELAK


Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

Dari Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci adalah separuh daripada iman, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Sedekah adalah keterangan (bukti). Kesabaran adalah sinar (cahaya). Al-Quran adalah hujjah untuk amal kebaikanmu dan hujjah atas amal keburukanmu. Setiap manusia berusaha, maka ada orang yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsunya dengan dia melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), maka ada yang membebaskannya (daripada kehinaan di dunia dan azab di akhirat) dan ada yang membinasakannya (dengan melakukan maksiat) " (HR Muslim No:328)

Pengajaran:

1.  Iman terdiri daripada perkataan dan perbuatan. Ia boleh bertambah dan berkurang; bertambah dengan sebab amalan solleh dan ketaatan, berkurang dengan sebab maksiat dan dosa.

2.  Bersuci adalah separuh daripada iman kerana ia menjadi syarat sah ibadat dan kesan keimanan seseorang.

3.  Antara tanda bersyukur kepada Allah ialah dengan membanyakkan zikir melalui lisan seperti ucapan Alhamdulillah dan Subhanallah.

4.  Pahala zikir ini akan memberatkan timbangan amal kebaikan di hari akhirat.

5.  Solat yang dilaksanakan akan menjadi cahaya penunjuk kepada kebaikan dan menjauhi maksiat.

6.  Sedekah adalah keterangan (bukti) yang terang terhadap kebenaran iman.

7.  Kesabaran adalah sinar (cahaya) yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar. Ia memerlukan mujahadah terhadap jiwa.

8.  Al-Qur'an adalah petunjuk untuk melaksanakan amal kebaikan dan meninggalkan amal keburukan.

9.  Mukmin yang mulia adalah orang yang menjual dirinya hanya kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan menjauhi syaitan dan hawa nafsunya dengan tidak melakukan maksiat dan kemurkaan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME TO LETTERS OF LILI

NASIHAT DENGAN BERILMU

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA BETAPA PENTINGNYA SOLAT SEBAGAI UMAT ISLAM