TUJUH AMALAN HARIAN UNTUK MEMBANGUNKAN ROHANI

Tubuh badan yang sihat bukan sahaja datang daripada akal yang cerdas. Orang yang benar-benar sihat adalah makanan rohani yang cukup. Dalam kehidupan, Kita haruslah membangunkan aktiviti rohani, berikut merupakan 7 amalan rohani yang Produktif, mudah-mudahan amalan ini mendapat manfaat sepanjang hidup anda. Amalan ini adalah antara salah satu intipati memulakan perjalanan kita ke arah cinta kepada Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) dan supaya iman kita semakin meningkat, insya Allah:

1. Sentiasa Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Fardhu.

Solat sunat sebelum dan selepas solat wajib adalah antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw menjadikan amalan solat sunat ini adalah satu kewajipan buat baginda. Begitu juga dengan pemimpin yang terbaik dan sebaik-baik pemimpin yang disebutkan dalam hadis Rasulullah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membuka kota kontinopel, beliau juga tidak pernah tinggal amalan ini. Jadi bagaimana kita?, yang mempunyai iman setebal kulit bawang dan solat wajib fikiran yang sentiasa melayang. Oleh itu sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, cuba paksakan diri kita dalam melakukan amalan ini. InsyaAllah lama kelamaan amalan ini akan menjadi tabiat kita (istiqamah) dan kita akan merasakan tidak lengkap tanpa melakukan amalan ini. Amir sendiri pun masih lagi dalam fasa paksa diri.

2. Mengamalkan Zikir Selepas Solat

Ramai di kalangan kita, selepas sahaja solat fardhu, terus baca doa dan terus tergesa-gesa keluar, kerana kehidupan sibuk.  Walaupun begitu, jika kita jujur, berapa lama masa yang diambil untuk membaca doa selepas solat? (Jawapan: 5-7 minit!). Dan berapa lama Allah bagi masa kita dalam sehari ? (Jawapan 24jam). Kita mesti ingat jangan cuba sibuk untuk meluangkan sedikit masa untuk Allah, nanti Allah sempitkan masa kita. Sebagai contoh, belajar sehingga tiada masa untuk Allah, nanti Allah sempitkan masa dengan pelbagai perkara, contohnya susah nak faham, dan memerlukan masa yang lebih lama dan sebagainya kerana tiada keberkatan masa kita.

3. Mengamalkan zikir pagi dan petang.

Zikir pada waktu pagi dan petang merupakan salah satu amalan Rasulullah saw. Zikir merupakan salah satu ubat buat muslim untuk mengelakkan daripada berlaku stress dan menguatkan kembali tenaga dalaman secara tidak langsung kehidupan kita akan diberkati Oleh Allah swt. Banyak zikir-zikir yang boleh kita bacakan, antara yang paling popular adalah mathurat zikir Rasulullah saw yang dihimpunkan kembali oleh imam hassan Al-banna.

4. Solat Malam.

Solat malam adalah amalan yang paling sukar untuk melakukannya. Kita sepatutnya bersyukur, kerana Allah hadirkan bulan Ramadhan sebagai bulan umat Rasulullah saw untuk beribadah kerana ada terawih, dan munkin bulan ramadan antara solat malam terakhir kita sebelum menyambut kembali bulan ramadhan. Jika kita tidak jumpa lagi bulan ramadan? munkin itulah solat malam terakhir dalam kehidupan kita.

Sejarah solat malam ini, adalah antara solat yang wajib buat Rasulullah saw dan umat Islam pada ketika itu, (lihat surah Muzammil ayat 1-10). Setelah setahun disyariatkan amalan solat malam ini menjadi sunat muakkad bagi setiap umat Islam. Namun ia tetap wajib keatas Rasulullah saw. (Lihat surah Muzammil ayat 20).

Oleh itu sahabat pembaca yang dirahmati Allah, amalan solat malam atau qiamulail ini adalah antara salah satu cara membina rohani yang mantap seterusnya penjana jati diri setiap mukmin. usaha ini memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu dan iblis sentiasa berusaha. Paling kurang lakukan satu bulan sekali secara istiqamah, kemudian seminggu sekali, kemudian seminggu 2 kali, sehingga kita boleh lakukan setiap hari. Amir sendiri pun masih lagi mencari istiqamah melakukan sebulan sekali.

5. Solat Dhuha

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan,رضا الله:
dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Wah, hebat kelebihan solat dhuha kan.

6. Berdoa sebelum Tidur

Suatu ketika sahabat Al-Bara’ bin ‘Azib –radhiyallahu ‘anhuma– berkata: “Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam berkata padanya:

“Apabila kamu pergi ke tempat tidurmu, maka berwudhulah seperti kamu hendak melakukan solat. Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh yang kanan. Lalu ucapkanlah: ”Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menyandarkan punggungku kepadaMu, karena senang dan takut. Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dariMu kecuali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang telah Engkau turunkan, dan Nabi yang telah Engkau utus.” Apabila kamu meninggal dunia, maka kamu meninggal dalam keadaan fitrah. Dan jadikanlah ia ucapan terakhirmu.” (HR Bukhary 19/372)

SubhanaAllah itulah janji Rasulullah saw, jika kita meninggal dan mengamalkan amalan ini sebelum tidur, ibarat mati dalam keadaan suci tanpa dosa.

7. Membaca Quran 2 muka surat setiap hari atau satu helai.

Dalam satu kajian menyatakan bahawa umat Islam seharusnya mengkhatamkan Al-Quran paling kurang 2 kali setahun. Iaitu yang pertama sepanjang tahun iaitu membaca 2 muka surat setiap sehari, dan kali kedua ketika bulan Ramadhan..

Kitab Al-Quran merupakan panduan hidup bagi muslim, jadi seboleh-bolehnya apa yang kita baca cuba memahami isi kandungan di dalamnya. InsyaAllah hidup kita akan lebih berkat.

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME TO LETTERS OF LILI

NASIHAT DENGAN BERILMU

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA BETAPA PENTINGNYA SOLAT SEBAGAI UMAT ISLAM