Posts

Showing posts from May, 2016

TUJUH AMALAN HARIAN UNTUK MEMBANGUNKAN ROHANI

Tubuh badan yang sihat bukan sahaja datang daripada akal yang cerdas. Orang yang benar-benar sihat adalah makanan rohani yang cukup. Dalam kehidupan, Kita haruslah membangunkan aktiviti rohani, berikut merupakan 7 amalan rohani yang Produktif, mudah-mudahan amalan ini mendapat manfaat sepanjang hidup anda. Amalan ini adalah antara salah satu intipati memulakan perjalanan kita ke arah cinta kepada Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) dan supaya iman kita semakin meningkat, insya Allah: 1. Sentiasa Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Fardhu. Solat sunat sebelum dan selepas solat wajib adalah antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw menjadikan amalan solat sunat ini adalah satu kewajipan buat baginda. Begitu juga dengan pemimpin yang terbaik dan sebaik-baik pemimpin yang disebutkan dalam hadis Rasulullah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membuka kota kontinopel, beliau juga tidak pernah tinggal amalan ini. Jadi bagaimana kita?, yang mem...

SEDEKAH ITU BEKALAN DI AKHIRAT KELAK

Setiap Kebaikan Adalah Sedekah عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا Dari Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci adalah separuh daripada iman, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Sedekah adalah keterangan (bukti). Kesabaran adalah sinar (cahaya). Al-Quran adalah hujjah untuk amal kebaikanmu dan hujjah atas amal keburukanmu. Setiap manusia berusaha, maka ada orang yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan m...

ZIKIR PELBAGAI GANJARAN, MARI AMALKAN

Zikir Yang Mendapat Pelbagai Ganjaran عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ عِدْلُ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mengucapkan; لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan sega...

SEORANG AYAH

PESAN IBU TENTANG AYAH: Anakku… Memang ayah tak mengandungmu... Tapi, Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati. Memang ayah tak melahirkanmu... Tapi, Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir. Memang ayah tak menyusuimu... Tapi, Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu. Ayah memang tak menjagaimu setiap saat... Tapi, Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya. Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar... Kerana, Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa. Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu... Kerana, Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu. Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri. Ibu hanya ingin kau tahu... Bahawa, Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu. Anakku dari dirinya juga ...

TARBIAH SENTAP

Assalamualaikum Pesanan Ustaz Dusuki Abdul Rani seorang pendakwah ketika tazkirahnya di Radio Ikim. Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur. Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur. Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran. Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur. Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh...

MAK

Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik.. Waktu tu kita kena terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je.. Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak.. Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan mak.. Cakap dalam hati... "Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan yg baik.. Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak... Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak.. Mak... Aku sayang mak.. Camne kalau lepas ni...

MARI MUHASABAH DIRI BERSAMA

Jom kita ambil masa untuk muhasabah diri kita... Time tengah buat dosa, time kita tak sempat bertaubat, time kita tunda-tundakan taubat, time kita dah rasa manis dengan maksiat.. Macam mana keadaan hati kita masa tu? Hitam.. Hitam pekat hati kita.. Sehinggakan kita tak nak dengar kebaikan langsung! Tengah dalam keadaan macam tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita! Kita meninggal dunia dalam keadaan derhaka pada Allah. Dalam kubur terasa sempit sangat! Habis hancur jasad kita dalam tanah. Berkecai tulang belulang dihimpit tanah! Tak lama lepas tu, muncul ular hitam yang besar sangat! Ular tu belit tubuh kita. Allah! Sakit sangat! Tak cukup dengan itu, kala jengking datang merayap ke tubuh kita. Jasad kita kena sengat dengan kala jengking! Terseksalah kita dalam kubur hingga hari kiamat! Tiba hari kiamat, kita dihidupkan kembali di padang mahsyar. Dalam lautan manusia. Kita rasa dahaga sangat! Lama sangat tunggu giliran kita untuk dibicarakan. Hinggalah nama kita dipa...

IBU CUMA SATU

Mencari Keredhaan Allah: Pernah tak kita tenung wajah yang paling tenang yang belum lihat sebelum ni. Pernah tak kita cium pipi insan yang paling manis senyumnya. Pernah tak kita peluk erat insan yang pernah cakap kat kita "adik belajar elok elok ya, nanti balik tunggu mak amek". Pernah tak? Insan inilah yang tak pernah langsung lupa pasal kita. Ada saja suruhan yang disuruhnya. Sebab apa weh? mak suruh kita buat itu buat ini, sebab apa ni? sebab mak nak kita biasakan diri susah,  bukan selamanya mak ada. Ingat! buatlah ikutlah apa kata mak, mak rindu kaulah! Bagi aku, marah mak itu ibarat lagu merdu. Sekali dengar, aku nak dengar lagi. Sebab apa? sebab ini yang kau akan rindu bila mak dah pergi nanti. Bukan mudah sebenarnya mahu jadi anak yang sempurna, ada saja marah bila disuruh. Tapi jadilah anak yang hebat, hebat macam mana? hebat dengan cara dan bagaimana kita terhadap dia. Alhamdulilah aku masih diberi peluang Allah untuk melihat insan yang paling aku cinta. T...

BERAMALLAH SELAGI MAMPU

10 keadaan yang menyebabkan seseorang mencintai Allah swt : 1. Membaca al-Quran dan berusaha memahaminya dengan baik. 2. Mendekatkan diri kepada Allah swt dgn melaksanakan solat sunat selepas solat wajib. 3. Selalu menyebut dan berzikir dalam setiap keadaan sama ada dgn hati,lidah ataupun perbuatan. 4. Mengutamakan kehendak Allah swt ketika bertembung dgn kehendak hawa nafsu. 5. Menanamkan dlm hati nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya serta memahami maknanya. 6. Memahami kurniaan dan kebaikan Allah kpd kita. 7. Menundukkan hati dan diri dlm rahmat Allah swt 8. Bersendirian dlm bermunajat dan membaca al-Quran pd waktu mlm ketika org lain tidur. 9. Bergaul dan berkumpul bsama orang-orang soleh serta mengambil hikmah dan ilmu drpd mereka. 10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan diri kpd Allah. Selamat Beramal😇

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT RUJUKAN DARI DARUSSYIFA

Demam Panas 1. Surah al-Fatihah 2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24} 3. Doa {Bismillahil Kabir ...} 4. Doa Penyejuk Selesema 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X} 4. Doa Penyejuk Penyakit Kulit 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Selawat Tafrijiyyah 4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X} Sakit Kepala 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19} 4. Doa {Bismillahil Kabir ...} Sakit Sendi 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24} Sakit Mata 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Selawat Tafrijiyyah 4. Doa Penyakit Mata a. Doa Kesembuhan Penyakit b. Surah Qaf : 22 c. Surah al-Qalam : 5 Buta Seluang 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Doa Buta seluang Sakit Mata Sebab Sihir 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Ayat Menentang & Melawan Sihir a. Surah Yunus : 81-82 b. Surah al-'Araa...

TARBIAH SANTAI

✏️💕.."IHFAZILLAH YAHFAZKA"  (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)~💞 ✍...Satu kisah benar yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah Musa,moga ada manfaatnya. Si ibu mengajak anak solat dahulu di satu tempat. Tapi si anak menolak kerana mengatakan rumah sudah hampir dari situ.  Si ibu selalu mengajarkan si anak untuk sebut “Ihfazillah yahfazka” yang bermaksud, jagalah Allah, Allah menjagamu. Si ibu mengingatkan:“Sayang, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ini hak Allah, solat awal waktu diutamakan. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ni kan?.”  Si ibu tersenyum menasihati.Si anak tidak puas hati, dengan muka keletihan, masam mencuka, diambil telekungnya keluar dari perut kereta, memandang kiri dan kanan jalan, terus melintas, berlari menuju ke surau di hentian itu. Dia cuba memprotes.Si ibu berdoa, moga anaknya memahami satu hari nanti. Hak Allah perlu diutamakan lebih dari yang lain. Utamakan Allah dalam tiap apa jua tindakan. Itu yang ingin diserap dalam fikiran si anak. ...

ENAM PERKARA YANG DAPAT MENGHILANGKAN AMAL BAIK KITA

1. Al istighlal bi’uyubil kholqi (sibuk dengan aib orang lain) sehingga lupa pada aib sendiri. Semut diseberang kelihatan sedang gajah dipelupuk mata tdk kelihatan. 2. Qaswatul qulub ( hati yang keras) kerasnya hati terkadang lebih keras dari batu karang. Sulit menerima nasihat. 3. Hubbun dunya ( cinta terhadap dunia) merasa hidupnya hanya di dunia je maka segala perbuatannya tertuju pada kenikmatan dunia sehingga lupa akan hari esok di akhirat. 4. Qillatul haya’ (sedikit rasa malunya), jika seseorang telah kehilangan rasa malu maka akan melakukan apa saja tanpa takut dosa. 5. Thulul amal ( panjang angan- angan), merasa hidupnya masih lama di dunia ini sehingga enggan untuk taubat. 6. Dhulmun la yantahi (kezhaliman yang tak pernah berhenti) perbuatan maksiat itu biasanya membuat kecanduan bagi pelakunya jika tidak segera taubat dan berhenti maka sulit untuk meninggalkan kemaksiatan tsb. Mudah2an kita semua dijauhkan dari 6 perkara ini sehingga tetap istiqomah dalam ketaqwaa...