"NO WIFI : PLEASE TALK TO EACH OTHER"

Abaikan gajet mahalmu tika kamu bersama dengan keluargamu.

Mungkin hari ini kamu masih boleh melihat
senyuman mereka, mendengar suara mereka
meskipun bebelan yg kamu terima.

Percayalah.
Kamu akan rasa kehilangan dan
menyesal sekiranya kamu kehilangan mereka
sedang kamu tahu kamu telah abaikan masa yg telah
Allah swt berikan kpd kamu utk bersama mereka sewaktu mereka masih ada.

Pelajar yang tinggal diasrama, aku mohon andai kamu pulang
Sewaktu cuti di rumah, meskipun sudah lama kamu tidak memegang telefon
Dan melayari laman sosial..

Jangan!
Jangan kamu leka dengan gajetmu.
Gunakanlah masa yg ada utk bersama ibubapamu.

"Angah...mari makan,"

Laung si ibu.
Namun kau hanya menjawab,

"Tak mahu. Ibu makanlah dulu dengan ayah"
Tanpa rasa bersalah kamu 'berehat' bsama dgn gajetmu.

Tak sedarkah kamu mungkin esok lusa kedua ibu bapamu dijemput Ilahi.
Sudahlah kamu jarang berada dirumah.
Apabila cuti, luangkan masa bsama kedua ibubapamu.

Hati si tua..
Fahamilah mereka.
Hati mereka.

Rindu mereka pada anak anak.
Aku sedih apabila melihat fenomena ini sentiasa berlaku,

Menggunakan alasan ;

"Dah lama tak balik rumah, kang stay asrama. So bila balik mestilah nak
online puas puas"

Ya Allah. Sungguh aku sedih, pedih, geram!
Wahai anak.
Tolonglah.

Hargai masa.
Lihat mata orang tuamu.
Dahulu kamu dicium dipeluk dijaga oleh mereka.
Takkanlah usia belasan tahun pun kamu sudah mula
Membelakangkan mereka?

Fikir fikirkanlah.


Comments

Popular posts from this blog

WELCOME TO LETTERS OF LILI

NASIHAT DENGAN BERILMU

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA BETAPA PENTINGNYA SOLAT SEBAGAI UMAT ISLAM