Posts

Showing posts from June, 2016

NASIHAT DENGAN BERILMU

Ilmu adalah Cahaya; "Nasihat itu amatlah perit bagi orang yang mencintai hawa nafsu, dan orang yang hatinya dipenuhi nur, akan berterima kasih apabila diberi nasihat kepadanya. Meminta nasihat itu mudah, tetapi untuk mendengar dan mengikuti nasihat itu tidaklah mudah." "Orang-orang soleh yang hatinya dipenuhi cahaya, mereka sangat menghargai nasihat-nasihat yang datang kepada mereka. Dan kerana itu sebagai tambahan peringatan kepada mereka. Tetapi orang yang hatinya dikuasai hawa nafsu tidak akan suka kepada nasihat yang datang kepadanya." "Maka, orang yang hatinya penuh dengan cahaya, akan bersyukur dan berterima kasih pada orang yang menasihatinya, kerana menunjukkan aib dirinya untuk berubah menjadi lebih baik. Sepertimana seseorang yang di dalam beg atau rumahnya ada ular berbahaya." "Maka, dia akan berterima kasih pada orang yang menunjukkan ular itu. Tetapi orang yang takabbur didalam hatinya dia takkan percaya apabila dikhabarkan ada bina...

IBU DAN AYAH PERMATA BERHARGA BERINGATLAH SELALU

Anak anak Jagalah mak ayah Jangan marah Jangan rasa benci disaat mereka menegur Jangan rasa bebanan andai mereka meminta sesuatu Jangan rasa serabut andai mereka selalu nasihatkan kita Jangan rasa terkilan andai mereka selalu marah kita Jangan rasa sedih andai kita tidak nampak sikap kasih sayang dari mereka untuk kita Jangan rasa tak bermakna andai dua dua ibu dan bapak masih ada Tolong!!tolong!!tolong sangat hargai mak ayah selagi masih ada!! Dorang marah sebab sayang, sebab dorang sudah rasa sebelum kita nak melangkah Dorang sayang kita walau  tak tunjuk tapi dalam doa semua untuk kita aje Dorang nak duduk dengan kita.itu menunjukkan dekat kita ada sesuatu yg " sweet " pada mereka Dorang bebel dari pagi sampai malam sebab nak kita dengar nak kita tahu setiap bebel tu akan jadi satu ibrah yg berguna Seseorang pernah cakap depan aku: "along, mak takdak didunia nanti, mak tak bawak semua. Mak tingalkan pengalaman, hampa akan rasa sora...

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

"Mengapa Rasulullah ﷺ, sentiasa berpesan kepada para sahabat yang miskin, yang susah dan sering kelaparan. Supaya sentiasa sabar, dan berfikir perihal apa yang positif, disebalik musibah yang menimpa?, jawapannya, adalah Nabi mengingatkan mereka bahwa didalam setiap ujian diatas dunia ini. Pasti ada, ganjaran yang cukup besar menanti mereka diakhirat sana." "Hanya sahaja, kamu perlu bersabar dan berbaik sangka, kepada Allah سبحانه وتعالى. Rasulullah ﷺ pernah memberitahu para sahabat yang diuji dengan dugaan itu. Rasulullah ﷺ mengatakan; "Jika kamu tahu apa yang Allah سبحانه وتعالى sediakan diakhirat nanti, disebalik kesusahan yang kamu tanggung diatas dunia ini." "Pasti kamu tidak akan meminta untuk dipulihkan daripada keadaan ini. Pasti kamu tidak akan meminta untuk hidup senang dan selesa. Kehidupan diatas dunia ini adalah ujian. Begitulah analogi kehidupan diatas dunia ini. Sekiranya kamu melihat, ujian yang menimpa diri kamu didunia, tidaklah terla...