SESUNGGUHNYA HIDAYAH ITU MILIK ALLAH
"Ini sebuah kisah Ulama besar islam, yakni bernama Syeikh Abdullah bin Maslamah rah. Beliau adalah guru kepada Al-Imam Al-Bukhari rah. Guru ini diawal permulaan hidupnya adalah seorang yang suka berpoya-poya, melakukan maksiat, peminum arak. Suatu hari beliau ke pasar, dan ada seorang Syeikh yang memberikan dakwah dengan menyampaikan hadis." "Anak muridnya mendengar penuh kusyuk di tepi jalan. Dia yang sedang mabuk ketika itu duduk bersama kerana melihat ada majlis di situ. Bila orang melihat dia, orang memberi laluan sehingga dia duduk betul-betul di hadapan Syeikh tersebut. Setelah itu, dia meminta agar Syeikh itu menyampaikan hadis kepadanya." "Syeikh yang dapat menghidu bau arak padanya berkata; “Wahai Pemuda, Bagaimana aku boleh menyampaikan hadis Nabi ﷺ yang suci murni kepada kamu? Sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, dan arak masih terhidu daripada kamu.” "Dia mendesak lagi dengan berkata; “Dimanakah keadilan kamu? Kamu menyampaikan hadi...